Kelas Talaqqi Bersanad

KELAS TALAQQI BERSANAD ONLINE

Selamat datang ke Program Ijazah Talaqqi Bersanad Online untuk Kanak-Kanak, sebuah program istimewa yang memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh ijazah membaca Al-Quran dengan sanad. Kelas Talaqqi Bersanad Online ini salah satu pengakuan anak-anak anda sudah pandai membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi S.A.W.

JENIS-JENIS IJAZAH YANG DITAWARKAN

  1. Ijazah Membaca Al-Quran secara melihat Mushaf:
    Pelajar menerima ijazah setelah membaca keseluruhan Al-Quran dari mushaf di hadapan guru, dengan bacaan yang tepat dan mematuhi hukum tajwid.
  2. Ijazah Membaca Al-Quran Tanpa Melihat Mushaf:
    Pelajar menerima ijazah setelah membaca keseluruhan Al-Quran secara hafalan (tanpa melihat mushaf) di hadapan guru, dengan bacaan yang sempurna.

BELAJAR DENGAN GURU BERPENGALAMAN DAN BERSANAD

Dalam kelas ini, pelajar akan dibimbing oleh guru-guru yang pakar dalam endidikan Al-Quran untuk kanak-kanak, dan kesemuanya bersanad yang bersambung kepada Nabi S.A.W. Guru-guru ini mempunyai pengalaman luas dalam mengajar kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan yang moden dan menyeronokkan, membantu menanamkan kecintaan kepada Al-Quran dan motivasi untuk terus belajar.

KEPENTINGAN IJAZAH BERSANAD

  1. Hubungan Istimewa kepada Nabi S.A.W: Ijazah bersanad melambangkan rangkaian emas yang bersambung kepada Nabi S.A.W.
  2. Memperolehi Pengiktirafan: Bahawa pelajar mampu membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan.
  3. Memperkukuh Keyakinan dan Cinta kepada Al-Quran: Program ini menanamkan kecintaan kepada Al-Quran dan meningkatkan keyakinan diri.
  4. Keberkatan Pembelajaran Al-Quran: Kanak-kanak mengaitkan pembelajaran mereka dengan keberkatan Al-Quran dan sanad bersambung kepada insan paling mulia. Nabi S.A.W.

KEISTIMEWAAN KELAS

  1. Pendekatan pengajaran moden yang mesra kanak-kanak.
  2. Dibimbing oleh guru pakar dan bersanad.
  3. Jadual yang fleksibel untuk keselesaan kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
  4. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan ijazah bacaan Al-Quran 
  5. Kursus khas asas riwayat Hafs dari Imam ‘Asim melalui cara Imam Shatibi

SYARAT PENYERTAAN

  1. Ijazah Membaca Al-Quran secara melihat Mushaf:
    Pelajar mahir membaca Al-Quran dengan hukum tajwid dan boleh menjaga makhraj dan sifat huruf.
  2. Ijazah Membaca Al-Quran Tanpa Melihat Mushaf:
    Pelajar yang sudah menghafal al-quran serta mahir membaca Al-Quran dengan hukum tajwid dan boleh menjaga makhraj dan sifat huruf.

Sertai imtiaz school sekarang!

Yuran serendah RM25.00 sahaja!

ADA PERTANYAAN?

Kami sentiasa bersedia membantu memudahkan urusan anda.